Ubisoft hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan satu lagi permainan mudah-alih (Permua) buat siri Assassin’s Creed, iaitu Assassin’s Creed Rebellion di iOS dan Android.
Melalui permua ini, pemain berupaya untuk menggunakan Assassin dari siri Assassin’s Creed sebelum ini seperti Ezio Auditore dan juga Aguilar dari filem Assassin’s Creed. Pemain juga berupaya untuk melatih watak-watak tersebut dan menghasilkan sekumpulan ‘Brotherhood’ pemain sendiri.
Menurut Ubisoft, permua ini memfokuskan bentuk strategi dimana anda akan melatih Assassins, dan pada masa yang sama menghantar mereka ke misi-misi untuk membunuh sasaran dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat, Ubisoft juga mengadakan pra-pendaftaran untuk permua tersebut dimana bagi mereka yang membuatnya, Ubisoft akan menyertakan kandungan tambahan apabila ianya dilancarkan kelak. Namun, kandungan tambahan tersebut akan disediakan mengikut nilai pra-pendaftaran yang dilakukan oleh pemain.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mengembara bersama-sama Assassins melalui permua Assassin’s Creed Rebellion.
[info] Pra-Daftar: Assassin’s Creed Rebellion [/info]