Command & Conquer merupakan permainan strategi masa nyata dan dikeluarkan pertama kali pada tahun 1995. 2 tahun lagi, permainan ini akan menyambut ulang tahun ke-25.
Bersempena dengan itu, penerbit EA Jim Vessella menulis di Reddit untuk meminta pendapat daripada pemain mengenai menambah-baikkan permainan klasik tersebut untuk dibawa kembali ke PC.
Beliau juga mengatakan pandangan daripada pemain sudah semestinya akan membantu proses pembangunan untuk permainan ini. Oleh sebab itu, EA akan berkomunikasi dengan pemain melalui pelbagai cara mengenainya ini pada minggu-minggu hadapan.
Command & Conquer Remastered ini kami jangkakan akan dikeluarkan pada September 2020 bersempena ulang tahun 25 permainan ini.