Informasi Permainan Video Terkini
COD: Black Ops 4 Mengatasi Red Dead Redemption 2 Untuk Senarai Permainan Paling Dinantikan

COD: Black Ops 4 Mengatasi Red Dead Redemption 2 Untuk Senarai Permainan Paling Dinantikan

Diterbitkan pada Okt 12, 2018 oleh .

Bermula bulan September sehingga akhir bulan ini, pemain dihujani dengan pelbagai permainan yang menarik. Bulan lepas antara permainan yang dikeluarkan adalah Marvel’s Spider-man, Dragan Quest XI dan Shadow of the Tomb Raider manakala bulan ini ada Assassin’s Creed Odyssey, Call of Duty: Black Ops 4 dan Red Dead Redemption 2.

Minggu ini, Nielsen mengeluarkan senarai permainan yang paling dinantikan bagi permainan yang dikeluarkan bermula September sehingga Disember tahun ini.

Nielsen menilai menggunakan metrik seperti kesedaran dan permintaan pemain. Berdasarkan metrik tersebut, mereka akan menyenaraikan setiap permainan menggunakan satu markah.

Senarai dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu permainan yang dikeluarkan secara multi-platform dan eksklusif untuk PS4, Xbox One dan Switch.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan tidak banyak kejutan yang ada kecuali Call of Duty: Black Ops 4 tampaknya lebih dinantikan berbanding Red Dead Redemption 2. Ini kemungkinan besar disebabkan Call of Duty mempunyai peminat yang lebih ramai.

Bagaimana dengan anda, permainan apa yang paling dinantikan untuk suku terakhir tahun ini?


TIPS & ULASAN