Informasi Permainan Video Terkini
LEVEL UP KL 2018 Akan Berlangsung Pada 27 Hingga 31 Oktober 2018 Di Bangsar South

LEVEL UP KL 2018 Akan Berlangsung Pada 27 Hingga 31 Oktober 2018 Di Bangsar South

Diterbitkan pada Okt 12, 2018 oleh .

LEVEL UP KL 2018 merupakan antara acara utama untuk pembangun permainan video di Asia Tenggara. Objektif utama acara ini adalah menyediakan satu platform untuk mengumpulkan pembangun permainan video di dalam dan luar negara bagi rantau ini.

Pertama kali dianjurkan pada tahun lepas, ia merupakan satu inisiatif oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang merupakan satu agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Bagi tahun ini, LEVEL UP KL memilih untuk menggunakan tema Melangkaui Hiburan (Beyond Entertainment) di mana ia memfokuskan kepada idea yang industri permainan video bukan sahaja mengubah industri hiburan tetapi ia juga menjadi pengerak untuk kecekapan. inovasi dan mengubah sektor lain di dalam ekonomi.

LEVEL UP KL 2018 akan berlangsung selama 5 hari, bermula pada 27 Oktober sehingga 31 Oktober 2018 dan akan menyertakan 10 aktiviti utama iaitu

  1. Southeast Asia Game Jam (27 – 28 Oktober 2018)
  2. Global Top Round (27 – 28 Oktober 2018)
  3. Masterclass Workshops (27 – 29 Oktober 2018)
  4. Unity @ KL (28 Oktober 2018)
  5. Business Connection Programme (29 Oktober 2018)
  6. Persidangan LEVEL UP KL 2018 (30 – 31 Oktober 2018)
  7. Pameran LEVEL UP KL 2018 & Southeast Asia showcase (30 – 31 Oktober 2018)
  8. Partner Tracks & Workshop (30 – 31 Oktober 2018)
  9. Networking Night (30 Oktober 2018)
  10. Southeast Asia Game Awards (31 Oktober 2018)

LEVEL UP KL 2018 akan berlangsung di beberapa tempat sekitar Bangsar South. Persidangan dan pameran akan berlaku di Connexion Convention Centre & Exhibition Centre (CCEC). Antara tempat lain akan akan terlibat adalah pejabat Level Up Inc. di Komune dan ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX).

Sepanjang acara ini terdapat 60 pakar industri yang akan berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka. Antaranya adalah;

  • Michael Mumbauer (Sony)
  • Wan Hazmer (Metronomik)
  • Chris Murphy (Epic Games)
  • Sam Carlisle (Microsoft)
  • David Lam (Turn 10)
  • Atsuo Nakayama (Bushiroad)
  • Anisa Sanusi (Hutch Games)

LEVEL UP KL 2018 adalah satu acara yang baik dan menarik untuk dikunjungi. Melaluinya anda bukan sahaja dapat belajar mengenai industri permainan video, terutamanya mengenai pembangunan, anda juga berpeluang untuk mencuba pelbagai permainan termasuk yang dibangunkan oleh pembangun permainan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini serta mengenai harga tiket anda boleh layari laman rasmi mereka – LEVEL UP KL 2018.


TIPS & ULASAN