Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Untuk Android Kini Dibuka Untuk Semua Pemain

Fortnite Untuk Android Kini Dibuka Untuk Semua Pemain

Diterbitkan pada Okt 12, 2018 oleh .

Fortnite untuk Android dikeluarkan pertama kali untuk peranti Galaxy Note 9 serta peranti Samsung yang lain, kemudian ia mula dibuka ke peranti lain secara berperingkat bermula Ogos lepas.

Kini, ia dibuka untuk semua peranti Android yang menyokongnya tanpa memerlukan jemputan. Jika anda ingin melihat senarai peranti yang menyokong anda boleh lakukannya di laman FAQ mereka.

Namun, jika peranti anda tidak tersenarai, berikut adalah spesifikasi yang dicadangkan untuk kelancaran permainan yang baik.

  • Sistem Operasi: Android 8.0 dan ke atas (64 bit)
  • RAM: 3GB dan ke atas
  • GPU: Adreno 530, Mali-G71 MP20, Mali-G72 MP12 atau yang bersamaan dan lebih tinggi.

Untuk memuat turun Fortnite untuk Android, anda perlu melayari laman berikut menggunakan peranti anda – Fortnite untuk Android.


TIPS & ULASAN