Informasi Permainan Video Terkini
Pendapatan Minggu Pertama Assassin’s Creed Odyssey Mengatasi Unity, Syndicate Dan Origin
PC

Pendapatan Minggu Pertama Assassin’s Creed Odyssey Mengatasi Unity, Syndicate Dan Origin

Diterbitkan pada Okt 11, 2018 oleh .

Ubisoft hari ini mengumumkan yang pendapatan untuk Assassin’s Creed Odyssey bagi minggu pertama pengeluaran, mengatasi kesemua permainan dari siri ini untuk konsol generasi sekarang.

Antara permainan Assassin’s Creed yang dibandingkan adalah Unity. Syndicate dan Origins. Pendapatan ini adalah gabungan jualan secara fizikal, digital dan juga mikro-transaksi.

Origins sebelum ini terjual 2 kali ganda lebih banyak berbanding Syndicate untuk 10 hari pertama pengeluaran. Ini bermakna Odyssey mengatasi rekod tersebut.

Dengan pencapaian ini, ia meneruskan kejayaan permainan Ubisoft yang baharu dikeluarkan seperti Far Cry 5 yang menjadi permainan paling laris untuk siri tersebut.

Assassin’s Creed Odyssey sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN