Informasi Permainan Video Terkini
KFC Gaming Diumumkan – Bahagian Yang Memfokuskan Permainan Video Oleh KFC

KFC Gaming Diumumkan – Bahagian Yang Memfokuskan Permainan Video Oleh KFC

Diterbitkan pada Okt 11, 2018 oleh .

Minggu lepas, KFC mengumumkan bahawa mereka akan memasuki arena permainan video melalui bahagian syarikat mereka yang baru, iaitu KFC Gaming.

Melalui akaun Twitter rasmi, KFC Gaming berkongsi satu video acah khas yang mempamerkan sebilangan watak Colonel Sanders yang dihasilkan oleh peminat di dalam permainan-permainan video terkini.

Namun, buat masa ini KFC Gaming tidak lagi mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan bahagian tersebut. Menurut mereka, pengumuman seterusnya akan diumumkan kemudian.

Namun, kami percaya dengan arena e-sukan yang semakin berkembang ini, KFC Gaming bakal terlibat dengan pelbagai acara-acara e-sukan seperti mana penglibatan mereka dengan The Kuala Lumpur Major dan ACE baru-baru ini.


TIPS & ULASAN