Skip to main content

E3 2018 lepas, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Just Cause 4 pada Disember ini. Terkini, mereka berkongsi satu video acah khas yang mana ia mempamerkan sebilangan adegan buat penceritaan permainan tersebut.

Just Cause 4 sekali lagi akan memfokuskan watak utamanya, Rico Rodriguez dimana ianya akan bertempatkan di selatan Amerika. Melaluinya, Rico akan menyiasat kebenaran berkenaan kematian ayahnya yang berkait rapat di kawasan Solis bersama tentera Black Hand yang diketuai oleh Gabriella.

Dengan memfokuskan bentuk permainan dunia terbuka, permainan Just Cause 4 sekali lagi akan membawa pemain untuk bertempur dengan pelbaga senjata dan pelbagai jenis kemusnahan yang pemain boleh lakukan.

Just Cause 4 akan dilancarkan pada 4 Disember 2018 ini khas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply