Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan berdasarkan siri anime terkenal, Tokyo Ghoul: re Call To Exist. Terkini, bersempena dengan acara New York Comic Con yang berlangsung minggu ini, Bandai Namco berkongsi satu trailer baru dengan memaparkan bentuk permainan tersebut.
Melalui trailer di atas, Bandai Namco memperlihatkan bentuk permainan seperti watak Kaneki, Touka, Amon dan sebagainya.
Selain itu, permainan ini juga akan memfokuskan bentuk multi-pemain dimana pemain akan bertempur sebanyak empat lawan empat antara pasukan Ghouls ataupun pasukan pensyiasat (Investigators). Setiap watak mempunyai kemahiran dan senjata berbeza yang pemain boleh gunakan.
Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Namun, menurut Bandai Namco, ianya bakal tiba di Playstation 4 dan PC.