Sebelum ini, Henry Cavill disahkan akan memegang watak Geralt untuk siri Netflix The Witcher. Hari ini, beberapa watak lagi menerima pelakon. Antara yang utama adalah watak Ciri yang dilakonkan oleh Freya Allan manakala Yennefer akan dilakonkan oleh Anya Chalotra.
Pelakon-pelakon lain adalah Jodhi May memegang watak Queen Calanthe, Bjorn Hlynur Haraldsson sebagai suaminya dan Adam Levy yang memegang watak Mousesack the druid.
Lauren Hissrich iaitu penulis utama dan juga penerbit eksekutif untuk siri ini juga mengatakan setakat ini sudah terdapat 50 pelakon yang telah disahkan dan lebih 200 pelakon hadir untuk mencuba bagi watak Ciri sahaja.
Apabila ditanya mengenai permainan The Witcher oleh CD Projekt Red, beliau cuba untuk mengelak daripada bermain permainan tersebut bagi memastikan beliau dapat mencipta satu penceritaan tersendiri untuk siri ini.