Informasi Permainan Video Terkini
XCOM 2 Boleh Di Mainkan Secara Percuma Sehingga 12 Oktober 2018 Di Steam
PC

XCOM 2 Boleh Di Mainkan Secara Percuma Sehingga 12 Oktober 2018 Di Steam

Diterbitkan pada Okt 10, 2018 oleh .

2K dan Firaxis melalui Steam hari ini memberi peluang kepada pemain untuk mencuba permainan XCOM 2 secara percuma selama 2 hari. Selain itu, bagi pemain yang ingin membelinya, ia kini ditawarkan dengan lebih murah iaitu RM62.70 berbanding harga asal RM190.

Promosi ini adalah bersempena ulang tahun ke-6 untuk XCOM. Mereka juga sebelum ini mengumumkan DLC penambahan percuma iaitu Tactical Legacy Pack untuk pemilik DLC War of the Chosen yang juga dijual dengan lebih murah iaitu RM71.40 berbanding RM119 harga asal.

XCOM 2 pernah di tawarkan secara percuma untuk pelanggan PS Plus, namun, jika anda terlepas ia juga ditawarkan dengan harga promosi di PS Store. Harga yang ditawarkan adalah RM82.17 berbanding RM249 manakala War of the Chosen, RM103.80 berbanding RM173.

Tawaran pencubaan secara percuma akan berakhir pada 12 Oktober 2018, manakala jualan promosi adalah sehingga 17 Oktober 2018.

Steam: XCOM 2

PS Store: XCOM 2


TIPS & ULASAN