Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Dilaporkan Bakal Mengambil Alih Obsidian Entertainment – Pembangun Pillars of Eternity

Microsoft Dilaporkan Bakal Mengambil Alih Obsidian Entertainment – Pembangun Pillars of Eternity

Diterbitkan pada Okt 10, 2018 oleh .

Ketika persidangan E3 lepas, Microsoft memperlihatkan komitmen mereka untuk membangunkan permainan video dengan mengambil alih beberapa studio. Tampaknya perkara tersebut berterusan sehingga sekarang.

Kotaku hari ini, melaporkan yang Microsoft semakin hampir untuk mengambil alih syarikat pembangun Obsidian Entertainment yang mengeluarkan permainan seperti Pillars of Eternity.

Berdasarkan sumber yang mengetahui mengenai pengambil alihan ini, ia sudah 90% selesai dan hanya menunggu masa sahaja untuk disahkan. Selepas mengeluarkan Pillars of Eternity 2 pada Mei lepas, Obsidian di laporkan sedang membangunkan permainan bersama Private Division iaitu syarikat baharu ditubuhkan oleh Take-Two.

Obsidian Entertainment sangat berpengalaman mengeluarkan permainan untuk PC, dengan pengambil alihan ini tidak semestinya untuk Xbox semata-mata tetapi juga untuk permainan PC iaitu sesuatu yang juga diberi tumpuan oleh Microsoft.

Mereka sebelum ini berharap kepada sistem biayasama untuk membangunkan permainan mereka, dengan disokong oleh Microsoft mereka semestinya mempunyai kewangan yang lebih baik.


TIPS & ULASAN