Informasi Permainan Video Terkini
Pendapatan Clash of Clans Untuk Bulan September Mencecah RM170 Juta

Pendapatan Clash of Clans Untuk Bulan September Mencecah RM170 Juta

Diterbitkan pada Okt 10, 2018 oleh .

Kelmarin, kami melaporkan yang Candy Crush menjana pendapatan sebanyak RM315 juta untuk bulan September. Hari ini, Sensor Tower melaporkan yang Clash of Clans iaitu permua oleh Supercell menjana pendapatan sebanyak $41 juta(~RM170 juta) untuk bulan September.

Pencapaian tersebut menjadikan Clash of Clan berada di tempat ke-18 untuk senarai permua mendapat pendapatan tertinggi bagi bulan tersebut. Dengan pendapatan ini, ia menjadikan pendapatan keseluruhan untuk permua tersebut adalah $6 bilion (~RM24 bilion) sejak dikeluarkan 6 tahun lepas.

Dari segi jumlah muat-turun, Clash of Clans di muat sebanyak 5.4 juta kali pada bulan September dan 80% adalah hadir dari pengguna Android. Ini menjadikan jumlah keseluruhan muat turun sebanyak 606 juta kali.


TIPS & ULASAN