Informasi Permainan Video Terkini
Epic Games Mengumumkan Berkas Fortnite: Deep Freeze – Menyertakan Kostum dan V-Bucks

Epic Games Mengumumkan Berkas Fortnite: Deep Freeze – Menyertakan Kostum dan V-Bucks

Diterbitkan pada Okt 10, 2018 oleh .

Fortnite hari ini mengumumkan berkas Fortnite: Deep Freeze yang menyertakan kostum, beg, peluncur dan beliung. Kesemua barangan tersebut bertemakan salji seperti nama yang digunakan. Selain itu pemain juga akan mendapat 1000 V-Bucks.

Berkas ini boleh didapati dengan harga $29.99(~RM124) secara digital bermula 13 November ini. Menariknya, melalui kerjasama bersama Warner Bros, ia juga akan dikeluarkan secara fizikal dengan harga yang sama.

Namun buat masa ini kami tidak pasti jika ia dibawa secara rasmi ke Malaysia.


TIPS & ULASAN