Fallout 76 merupakan permainan multi-pemain dalam talian, oleh disebabkan itu adanya mikro-transaksi di dalam permainan ini adalah sesuatu yang sudah dijangkakan.

Perkara tersebut kemudiannya disahkan oleh naib presiden pemasaran untuk Bethesda Pete Hines. Namun, beliau mengatakan mikro-transaksi di dalam permainan ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan kosmetik sahaja. Barangan tersebut tidak memberikan pemain sebarang kelebihan di dalam permainan, selain untuk nampak lebih menarik.

Selain itu, beliau juga mengatakan permainan tersebut akan mempunyai mata wang sendiri iaitu Atoms. Atoms boleh diperoleh di dalam permainan melalui pelbagai aktiviti yang akan disertakan.

Sesi percubaan Beta buat Fallout 76 akan bermula di konsol Xbox One dahulu pada 23 Oktober ini. Manakala bagi pemain Playstation 4 dan PC, ianya bakal berlangsung pada 30 Oktober dan hanya terbuka untuk pemain yang pra-tempah permainan tersebut.

Fallout 76 merupakan permainan pasca-apokaliptik seterusnya buat siri Fallout. Ia dirancang untuk dilancarkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 14 November 2018.

Sohor Kini