Informasi Permainan Video Terkini
Sony: Konsol Permainan Video Generasi Baharu Masih Diperlukan

Sony: Konsol Permainan Video Generasi Baharu Masih Diperlukan

Diterbitkan pada Okt 10, 2018 oleh .

Presiden Sony Kenichiro Yoshida melalui temubual bersama Financial Times mengatakan konsol generasi baharu masih diperlukan. Namun, beliau tidak mengesahkan ia adalah berkenaan PlayStation 5.

Ini adalah bukan sesuatu yang mengejutkan, walaupun industri permainan video kini menuju ke arah perkhidmatan penstriman, seperti Microsoft sendiri mengumumkan projek xCloud dan Sony mempunyai PS Now, namun, pemain secara global masih tidak bersedia untuk menerimanya dan konsol generasi seterusnya sudah semestinya masih diperlukan.

Playstation ataupun industri permainan merupakan sesuatu yang sangat penting untuk Sony. Pada tahun 2017, 23% pendapatan Sony adalah dari perniagaan permainan video mereka. Dengan tidak menghasilkan konsol generasi baharu, ia sudah semestinya akan memberi kesan kepada pendapatan mereka.

Buat masa ini, Sony tidak mengesahkan nama serta bila konsol generasi seterusnya untuk Playstation akan dikeluarkan. Berdasarkan beberapa laporan, ia mungkin akan tiba pada tahun 2020. Sebelum hadirnya, Playstation 5 ataupun apa sahaja nama yang akan digunakan nanti, anda boleh baca pendapat kami mengenai adakah Playstation 4 masih berbaloi untuk dibeli.


TIPS & ULASAN