Skip to main content

Blizzard hari ini akhirnya melancarkan acara perayaan Halloween buat permainan Overwatch dimana ianya bermula hari ini sehinggalah 1 November ini.

Seperti acara-acara yang dilakukan oleh Blizzard sebelum ini, melalui acara Halloween ini, pemain berupaya untuk mendapatkan pelbagai kostum bertemakan perayaan tersebut dimana ianya hanya terhad dan boleh di dapat ketika acara ini berlangsung sahaja.

Tambahan juga, acara ini bakal mengembalikan mod permainan Junkenstein’s Revenge, mod koperatif empat multi-pemain menentang musuh secara berperingkat. Selain itu, mod tersebut juga kini ditambah dengan watak baru yang pemain boleh gunakan iaitu Tracer dan Brigitte.

Bagi anda yang berminat, jangan lepaskan peluang anda untuk bermain Overwatch dan dapatkan kesemua kostum-kostum terhad tersebut bermula hari ini di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply