Informasi Permainan Video Terkini
Stardew Valley Versi Permua Akan Tiba Bulan Ini Untuk iOS – Android Akan Diumumkan Kemudian

Stardew Valley Versi Permua Akan Tiba Bulan Ini Untuk iOS – Android Akan Diumumkan Kemudian

Diterbitkan pada Okt 10, 2018 oleh .

Chucklefish hari ini mengumumkan yang permainan simulasi berkebun Stardew Valley akan dikeluarkan sebagai permainan mudah alih. Permua tersebut akan dikeluarkan pada 24 Oktober ini untuk iOS. Manakala versi Android masih sedang dibangunkan dan tarikh pengeluaran akan diumumkan kemudian.

Menurut mereka, versi permua ini dibangunkan oleh The Secret Police, manakala Chucklefish akan menerbitkannya. Versi ini adalah seperti versi di platfrom lain tetapi kawalan lebih mesra untuk penggunaan di telefon pintar.

Pemain di PC juga boleh memindahkan fail simpanan mereka ke versi permua melalui iTunes. Namun, buat masa ini ia masih tidak menyokong fungsi multi-pemain.

Stardew Valley untuk iOS boleh di mainkan di peranti iOS yang menyokong iOS 10 dan ke atas. Ia akan dijual dengan harga RM34.90 dan boleh di pra-tempah bermula sekarang.

App Store: Stardew Valley


TIPS & ULASAN