Skip to main content

Gearbox Software hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Borderlands 2 secara bentuk realiti-maya iaitu Borderlands 2 VR pada 14 Disember 2018 ini khas di Playstation 4 melalui Playstation VR.

Borderlands 2 merupakan permainan penembak pandang pertama yang dilancarkan oleh 2K Games pada 2012 lepas. Permainan ini merupakan permainan Borderlands 2 terlaku oleh mereka dan sebelum ini, 2K Games juga melancarkan versi pernambah-baikkan melalui permainan Borderlands: The Handsome Collection.

Terkini melalui Borderlands 2 VR, 2K Games akan menyertakan permainan penuh Borderlands 2 yang memfokuskan bentuk permainan secara realiti-maya. Menariknya, melalui versi ini, pemain juga berupaya untuk memperlahankan masa dan juga memandu kenderaan dalam bentuk pandang pertama sambil menyasar senjata ke arah musuh dengan menggunakan alat kawalan Playstation Move.

Bagi anda yang ingin mengembara semula di dunia Pandora di dalam bentuk realiti-maya, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Borderlands 2 VR pada Disember ini.

Leave a Reply