Informasi Permainan Video Terkini
Left Alive Akan Dilancarkan Mac 2019 – Edisi Terhad Menyertakan Figura Robot Mecha
PC

Left Alive Akan Dilancarkan Mac 2019 – Edisi Terhad Menyertakan Figura Robot Mecha

Diterbitkan pada Okt 10, 2018 oleh .

Square-Enix hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Left Alive pada 5 Mac 2019 ini di Playstation 4 dan PC melalui Steam.

Bagi anda yang baru mengetahui berkenaan permainan ini, Left Alive merupakan permainan penembak pandang ketiga yang memfokuskan bentuk pertahanan hidup. Ianya juga merupakan permainan yang diletakkan di dalam penceritaan siri Front Mission iaitu siri permainan pertempuran robot mecha.

Dengan pengumuman ini, Square-Enix juga berkongsi edisi hari petama buat permainan tersebut dimana ianya akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti barangan untuk digunakan di dalam permainan. Antaranya adalah pek peluru, perisai badan, barangan penyembuh, senjata Klyuch dan pek bom.

Selain itu, Square-Enix juga mengumumkan edisi Mech yang mana mereka akan menyertakan sebilangan barangan tambahan yang menarik. Edisi ini akan dijual dengan harga $159.99(~RM665) dan akan disertakan:

  • Kandungan hari pertama Left Alive seperti diatas
  • Figura aksi mecha Volk dengan aksesori dan senjata tambahan
  • Buku karya seni berkulit keras dengan 80 muka surat
  • Bekas besa khas
  • Kotak pengumpul

Tambahan juga, Square-Enix juga berkongsi satu video khas yang memaparkan keadaan dunia permainan tersebut yang mana ianya sedikit sebanyak memperlihatkan sebahagian kandungan daripada permainan Front Mission sebelum ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini akan memfokuskan tiga protagonis dan mempunyai penceritaan yang berkait rapat dengan peperangan di dunia fiksyen Novo Slava pada tahun 2127.

Bagi anda yang berminat dengan permainan robot mecha mahupun permainan Front Mission, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainan ini menjelang 5 Mac 2019 ini.


TIPS & ULASAN