Epic Games hari ini mengumumkan pengambil alihan syarikat Kamu iaitu syarikat yang menyediakan sistem anti-penipuan untuk permainan video. Kamu merupakan syarikat yang menyediakan sistem tersebut untuk permainan Fortnite.

Walaupun selepas pengambil alihan ini, Kamu akan terus menyediakan perkhidmatan mereka untuk permainan yang bukan diterbitkan oleh Epic. Manakala Epic akan mengambil peluang ini untuk melibatkan diri di dalam menyediakan perkhidmatan ini.

Epic Games yang memiliki enjin permainan Unreal sudah semestinya akan mengintegrasikan sistem anti-penipuan terus ke dalam enjin tersebut. Ia akan menjadi nilai tambah untuk menggalakkan pembangun menggunakan enjin mereka.

Sohor Kini