Minggu ini, Koei Tecmo mengumumkan 3 lagi watak baru yang bakal tiba buat permainan perlawanan Dead Or Alive 6.

Watak-watak terbaru tersebut adalah watak Bass dan Tina yang mana mereka sebelum ini merupakan watak asal buat siri pertama Dead Or Alive. Manakala watak ketiga adalah Mila dan beliau pertama kalinya berada di dalam siri permainan ini ketika Dead Or Alive 6.

Melalui video acah yang dikongsikan oleh Koei Tecmo, mereka juga berkongsi satu pentas permainan baru iaitu gelanggang gusti khas sempena watak-watak baru yang diumumkan bersama.

Dead Or Alive 6 merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan bentuk pertempuran secara 3 dimensi seperti Tekken. Ianya dibangunkan oleh Team Ninja dan dilancarkan oleh Koei Tecmo pada 15 Februari 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini