Skip to main content

Bandai Namco hari ini mengesahkan bahawa permainan God Eater 3 bakal menyertakan fungsi Dwi-Bahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga bahasa Jepun buat audio permainan. Menurut mereka, ini merupakan buat pertama kalinya siri permainan tersebut mempunyai fungsi tersebut.

God Eater 3 merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Bandai Namco. Melaluinya, pemain akan memburu pelbagai raksasa disamping mengumpul kelengkapan barangan dan senjata.

Ianya dirancang untuk dilancarkan secara global pada awal 2019 kelak di konsol Playstation 4 dan PC melalui Steam.

Leave a Reply