Dengan pelancaran Red Dead Redemption 2 yang semakin hampir bulan ini, Techland yang mana kini mereka memiliki hak intelek untuk permainan Call Of Juarez, memuat-naik satu video mesej khas buat Arthur Morgan, iaitu watak utama buat permainan Red Dead Redemption 2.
Melalui video tersebut, watak utama permainan Call Of Juarez: Gunslinger, Silas Greaves menyatakan ucapan seakan selamat datang buat Arthur Morgan dari Red Dead Redemption.
Walaupun ini kemungkinan hanyalah satu video acah sahaja, namun pada penghujung video tersebut, ianya memaparkan logo permainan Call Of Juarez: Gunslinger. Sekaligus, ini juga mungkin bermakna Techland mungkin akan melancarkan semula permainan tersebut sebagai permainan pernambah-baikkan memandangkan mereka kini memiliki lesen buat permainan tersebut.
Walaubagaimana pun, ini sememangnya sesuatu yang menarik dan pastinya kami akan mengemaskininya jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaannya.