Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Sistem Operasi 6.0.1 Switch Kini Boleh Dimuat-Turun

Kemaskini Sistem Operasi 6.0.1 Switch Kini Boleh Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Okt 9, 2018 oleh .

Nintendo hari ini mengeluarkan kemaskini baharu untuk konsol Switch. Melalui kemaskini sistem operasi 6.0.1 ini, Nintendo sekadar meningkatkan kestabilan sistem operasi konsol tersebut.

Antara yang diperbaiki adalah menyelesaikan masalah di mana percubaan internet tidak memperlihatkan keputusan yang tepat. Selain itu ia juga menyelesaikan masalah sesetengah alat kawalan pihak ketiga tidak berfungsi dengan baik.

Konsol yang mempunyai sambungan internet akan menerima kemaskini secara terus ataupun anda juga boleh memasuki bahagian tetapan untuk mendapatkan kemaskini ini.


TIPS & ULASAN