Skip to main content

Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan perlawanan Kamen Rider Climax Scramble buat pasaran Malaysia pada 29 November ini. Melalui versi ini, Bandai Namco menyatakan bahawa mereka akan menyertakan sarikata bahasa Inggeris.

Kamen Rider Climax Scramble merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri aksi adiwira Kamen Rider ataupun Masked Rider buat konsol Switch. Ianya merupakan permainan yang akan menyertakan kesemua Kamen Rider dari era Heisei bermula dari Kamen Rider Kuuga sehinggalah Kamen Rider terbaru, Zi-O.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini bakal mempunyai bentuk multi-pemain dengan perkongsian alat kawalan JoyCon dan juga mempunyai bentuk permainan penceritaan secara solo.

Kamen Rider Climax Scramble akan dilancarkan secara esklusif di konsol Nintendo Switch pada 29 November.

Leave a Reply