Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan Arena Of Valor International Championship Bakal Berlangsung November Ini

Kejohanan Arena Of Valor International Championship Bakal Berlangsung November Ini

Diterbitkan pada Okt 9, 2018 oleh .

Garena hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara kejohanan Arena Of Valor International Championship (AIC) 2018 pada November ini dengan hadiah terkumpul  melebihi RM2.4 juta.

Kejohanan tersebut akan berlangsung di Vietnam dan Thailand dimana terdapat 16 pasukan terbaik dari 11 rantau utama Arena Of Valor. Acara tersebut akan bermula 4 November ini di bandar Ho Chi Minh, Vietnam dan pusingan akhir bakal berlangsung di Bangkok, Thailand.

Menurut Garena, acara tersebut merupakan kemuncak rekod hadiah tertinggi buat acara kejohanan permua sebanyak RM2.4 juta wang hadiah terkumpul.

Buat masa ini, pasukan Team Tamago merupakan pasukan pertama yang akan mewakili Singapura untuk kejohanan tersebut yang mana mereka juga mewakili pelayan Valiant.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai kejohanan Arena Of Valor ini dalam minggu-minggu akan datang kelak.


TIPS & ULASAN