Hari ini, Blue Wizard Digital mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Friday The 13th: Killer Puzzle di konsol Switch pada 25 Oktober ini. Sebelum ini, permainan ini dilancarkan di PC dan juga sebagai permua di iOS dan Android.

https://www.youtube.com/watch?v=BSYXunXIjEw

Melalui permainan ini, pemain akan menjadi pembunuh kejam, Jason dan mengendap orang yang berkhemah di dalam hutan. Sekaligus, pemain perlu membunuh mereka dan pada masa yang sama menyelesaikan misi-misi tekeria untuk meningkatkan markah dan menyah-kunci pelbagai senjata baru.

Menurut pembangun, permainan ini mempunyai lebih dari 150 peringkat tekaria dengan pelbagai perangkap, ganjaran dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, permainan ini akan tiba secara digital melalui Nintendo eShop pada 25 Oktober ini.

Sohor Kini