CD Projekt Red (CDPR) hari ini mengumumkan kerjasama strategik jangka masa panjang bersama dengan Digital Scapes. Digital Scapes menurut profil syarikat mereka berpengalaman di dalam pembangunan permainan PvP untuk permainan PC dan konsol.
Menurut kenyataan dari CDPR lagi, Digital Scapes akan membangunkan satu teknologi untuk digunakan semasa pembangun Cyberpunk 2077. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, namun mereka mengatakan Digital Scapes berpengalaman membangunkan permainan dalam talian untuk PC dan konsol.
Digital Scapes sebelum ini terlibat di dalam pembangunan bersama Techland untuk Dying Light Be The Zombie iaitu mod PvP bagi permainan tersebut.
Pada November tahun lepas, CEO untuk CDPR ada menyatakan yang permainan Cyberpunk 2077 akan menyertakan elemen dalam talian walaupun fokus utama permainan tersebut masih permainan solo.
Dengan perkembangan ini, boleh di katakan yang Cyberpunk 2077 akan mempunyai permainan dalam talian walaupun jika tidak semasa pelancaran permainan tersebut. Ia adalah seperti GTA V dan juga Red Dead Redemption 2 oleh Rockstar.