Informasi Permainan Video Terkini
Candy Crush Menjana Pendapatan Sebanyak RM315 Juta Pada Bulan September

Candy Crush Menjana Pendapatan Sebanyak RM315 Juta Pada Bulan September

Diterbitkan pada Okt 9, 2018 oleh .

Candy Crush Saga merupakan permua tekaria yang diterbitkan oleh King. Berdasarkan anggaran oleh Sensor Tower, permua tersebut mempunyai satu bulan yang baik pada bulan lepas.

Secara purata untuk bulan September, permua tersebut mencatat pendapatan sebanyak $2.5 juta(~RM10 juta) sehari dengan jumlah pendapatan sebanyak $76 juta(~RM315 juta). Pencapaian ini meletakkan Candy Crush permua ke-7 tertinggi untuk pendapatan secara global bagi bulan lepas.

Jumlah tersebut menjadikan pendapatan Candy Crush secara keseluruhan setakat ini adalah $3.91 bilion(~RM16 bilion) sejak dikeluarkan 6 tahun lepas.

Selain itu, permua tersebut menerima 11.6 juta pemain baharu pada bulan lepas yang membawa kepada jumlah muat turun sebanyak 823 juta kali.


TIPS & ULASAN