Berdasarkan beberapa perkongsian di ResetEra, Guerrilla Games iaitu pembangun untuk permainan seperti Killzone dan Horizon: Zero Dawn telah melantik beberapa bekas pembangun Rainbow Six: Siege untuk satu projek rahsia.
Antaranya adalah penerbit Rainbow Six Simon Larouche yang menyertai Guerrilla 9 bulan lepas. Seorang lagi adalah Chriss Lee yang merupakan pereka untuk sistem dalam talian bagi Rainbow Six yang menyertai Guerrilla, juga untuk projek rahsia.
Dengan pelantikan ini, boleh dikatakan projek yang sedang dibangunkan oleh Guerrilla adalah permainan yang mempunyai elemen dalam talian. Kami menjangkakan ia adalah permainan baharu untuk siri Killzone yang mungkin akan dikeluarkan sebagai permainan eksklusif untuk konsol generasi baharu nanti.