Informasi Permainan Video Terkini
DLC Pertama Shadow of the Tomb Raider Akan Tiba November Ini
PC

DLC Pertama Shadow of the Tomb Raider Akan Tiba November Ini

Diterbitkan pada Okt 8, 2018 oleh .

Shadow of the Tomb Raider sebelum ini diumumkan akan menerima 7 DLC penambahan. DLC pertama iaitu The Forge akan dikeluarkan pada 13 November 2018.

Melalui DLC ini, pemain akan dapat menjelajah satu makam baharu untuk mendapat maklumat mengenai Kuwaq Yaku. Makam tersebut akan dipenuhi dengan lahar serta pelbagai cabaran. Menariknya, ia juga boleh di mainkan secara koperasi. Dengan menyelesaikan cabaran makam ini, pemain akan mendapat kostum Brocken, kebolehan dan juga senjata.

Ia merupakan sebahagian daripada pas semusim yang dijual dengan harga RM95 atau boleh di beli secara berasingan dengan harga $4.99(~RM20).

Permainan ini sudah dikeluarkan pada 14 September 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Ulasan Shadow of the Tomb Raider – Bentuk Permainan Yang Menarik Terganggu Dengan Prestasi Permainan


TIPS & ULASAN