Skip to main content

Bulan Ogos lepas kami melaporkan yang Fortnite untuk iOS mencecah pendapatan sebanyak RM818 juta. Hari ini, melalui laporan oleh Sensor Tower, permua tersebut telah mencecah pendapatan sebanyak $300 juta(~RM1.2 bilion) selepas 200 hari dikeluarkan. 65% daripada pendapatan tersebut adalah pemain dari Amerika Syarikat.

Melalui pencapaian tersebut, ia menjadikan Fornite antara permainan terpantas mencapai pendapatan sebanyak itu. Sebagai perbandingan untuk 200 hari pertama, Clash Royale mencatat pendapatan sebanyak $228 juta(~RM946 juta) dan mengambil hampir 2 bulan lebih lama untuk mencapai $300 juta. Hanya Pokemon Go yang mencatat pendapatan tersebut dengan lebih pantas iaitu 113 hari.

Pendapatan tersebut adalah untuk iOS sahaja, manakala untuk Android,  permua tersebut masih diperingkat beta tertutup bermula 9 Ogos lepas dan menurut Sensor Tower, dianggarkan pendapatan untuk Android setakat ini mencecah $60 juta(~RM249 juta).

Leave a Reply