Informasi Permainan Video Terkini
1 Daripada 10 Pemain Marvel’s Spider-Man Mendapat Trofi Platinum

1 Daripada 10 Pemain Marvel’s Spider-Man Mendapat Trofi Platinum

Diterbitkan pada Okt 8, 2018 oleh .

Trofi platinum merupakan trofi yang diperoleh pemain apabila mendapat kesemua trofi yang ada untuk sesuatu permainan. Berdasarkan peratusan yang diperlihatkan melalui Playstation Network (PSN) mendapati 10% daripada pemain Marvel’s Spider-Man telah mendapat trofi platinum.

Pencapaian tersebut menjadikan permainan tersebut adalah antara tertinggi dari segi peratusan pemain mendapat platinum untuk permainan eksklusif. Berikut adalah permainan eksklusif lain berserta peratus platinum mereka

  • Horizon Zero Dawn – 6.1%
  • Infamous: Second Son – 5.8%
  • Bloodborne – 5.6%
  • God of War – 5.5%
  • Gravity Rush 2 – 5.0%
  • Until Dawn – 2.9%
  • Persona 5 – 2.4%
  • Detroit: Become Human – 2.1%
  • Shadow of the Colossus (PS4) – 1.6%
  • Uncharted 4: A Thief’s End – 0.8%
  • The Last Guardian – 0.4%

Ini sudah semestinya tidak menggambarkan jumlah pemain kerana data tersebut tidak dikongsi kan oleh PSN. Marvel’s Spider-Man mempunyai trofi yang tidak sukar untuk diperoleh dan boleh didapati dengan sekali bermain sahaja.

Horizon Zero Dawn juga mempunyai trofi yang mudah, mungkin jumlah pemain untuk Horizon lebih tinggi menjadikan peratusan lebih renda.


TIPS & ULASAN