Informasi Permainan Video Terkini
Skybound Games Akan Menyiapkan The Walking Dead: The Final Season
PC

Skybound Games Akan Menyiapkan The Walking Dead: The Final Season

Diterbitkan pada Okt 8, 2018 oleh .

The Walking Dead: The Final Season adalah antara permainan yang menjadi mangsa apabila studio Telltale Games bakal ditutup. Permainan tersebut yang kini sudah dihentikan penjualnya mungkin menerima satu talian hayat baharu.

Skybound Games adalah anak syarikat kepada Sykbound Media yang merupakan syarikat ditubuhkan oleh Robert Kirkman iaitu pencipta asal siri The Walking Dead.

Ketika acara Comic Con, Kirman mengatakan syarikat beliau sudah mendapat kebenaran dari Telltale untuk menyiapkan The Walking Dead: The Final Season. Beliau juga mengatakan akan cuba untuk menggunakan pembangun asal permainan ini yang kehilangan kerja sebelum ini.

Melalui kuciran di akaun Twitter Skybound Games mengesahkan apa yang diumumkan oleh Kirkman. Ini adalah satu berita yang baik untuk pemain The Walking Dead, namun, kami berharap jika perjanjian ini melibatkan kewangan, bekas-bekas pekerja juga harus di beri pampasan.


TIPS & ULASAN