Skip to main content

Square-Enix hari ini mengumumkan permainan kompilasi buat siri Kingdom Hearts iaitu Kingdom Hearts: The Story So Far yang mana mereka akan menyertakan sebilangan permainan dari siri tersebut secara bersama.

Permainan kompilasi ini menyertakan dua permainan penambah-baikkan yang dilancarkan oleh mereka sebelum ini iaitu Kingdom Hearts HD 1.5+2.5 ReMIX dan Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue yang mana kedua-duanya telah pun dilancarkan di Playstation 4 sebelum ini.

Berikut merupakan senarai permainan yang disertakan melalui kompilasi ini:

  • KINGDOM HEARTS FINAL MIX
  • KINGDOM HEARTS Re:Chain of Memories
  • KINGDOM HEARTS 358/2 Days (sinematik HD)
  • KINGDOM HEARTS II FINAL MIX
  • KINGDOM HEARTS Birth by Sleep Final MIX
  • KINGDOM HEARTS Re:coded (sinematik HD)
  • KINGDOM HEARTS Dream Drop Distance HD
  • KINGDOM HEARTS 0.2 Birth by Sleep –A fragmentary passage–
  • KINGDOM HEARTS χ Back Cover (filem)

Sebahagian permainan yang tersenaria merupakan permainan yang dipernambah-baikkan daripada permainan asal Kingdom Hearts yang dilancarkan di pelbagai konsol seperti Playstation 2, Nintendo 3DS dan Playstation Portable.

Menariknya, melalui versi ini, Square-Enix menyertakan sebilangan kandungan tambahan bersama-sama pernambah-baikkan visual resolusi tinggi.

Bagi anda yang berminat, permainan kompilasi ini akan dilancarkan pada 30 Oktober ini khas di Playstation 4.

Leave a Reply