Informasi Permainan Video Terkini
Yugi Mutou Dari Yu-Gi-Oh Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Untuk Jump Force
PC

Yugi Mutou Dari Yu-Gi-Oh Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Untuk Jump Force

Diterbitkan pada Okt 5, 2018 oleh .

Bandai Namco hari ini berkongsi trailer baharu untuk Jump Force yang memperlihatkan watak Yugi Mutou dari siri Yu-Gi-Oh. Oleh kerana, Yu-Gi-Oh adalah siri berdasarkan pertempuran menggunakan kad, Yugi tidak bertempur bersendiri sebaliknya menggunakan watak-watak dari kad yang digunakan beliau.

Di dalam video tersebut, antara watak yang digunakan oleh Yugi adalah Dark Magician, Dark Magician Girl dan Slifer the Sky Dragon. Dengan penambahan ini, Jump Force kini mempunyai 24 watak termasuk 4 watak yang direka khas untuk permainan ini oleh Akira Toriyama.

Jump Force akan dilancarkan pada Februari 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN