Informasi Permainan Video Terkini
Skrip Untuk Metro Exodus Lebih Panjang Berbanding Gabungan Kesemua Permainan Metro Sebelum Ini
PC

Skrip Untuk Metro Exodus Lebih Panjang Berbanding Gabungan Kesemua Permainan Metro Sebelum Ini

Diterbitkan pada Okt 5, 2018 oleh .

Metro Exodus merupakan permainan seterusnya untuk siri Metro. Permainan ini pertama kali diumumkan semasa persidangan E3 Microsoft di E3 2017, dan menjanjikan permainan yang lebih besar berbanding permainan-permainan sebelum ini.

Melalui satu sesi temubual bersama Metro, penerbit eksekutif permainan ini Jon Bloch mengatakan skrip untuk permainan ini adalah lebih panjang berbanding Metro 2033, Last Light dan kesemua DLC digabungkan.

Tambah beliau lagi, pemain boleh bermain dengan pantas akan tetapi mereka cuba untuk menggalakkan pemain dengan lebih perlahan dan menggunakan cara yang berhati-hati pada masa sama menghayati dunia, cerita dan persekitaran.

Beliau juga mengatakan segala tindakan yang dilakukan oleh pemain akan memberi kesan kepada personaliti watak utama. Selain itu, sepanjang permainan, pemain akan berpeluang untuk melihat reaksi dan kesan tindakan pemain.

Metro Exodus akan dilancarkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 22 Februari 2019. Ia dibangunkan oleh 4A Games dan diterbitkan oleh Deep Silver.


TIPS & ULASAN