Informasi Permainan Video Terkini
Berkas Playstation 4 Pro Red Dead Redemption 2 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia

Berkas Playstation 4 Pro Red Dead Redemption 2 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Okt 5, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment (SIE) hari ini mengumumkan yang berkas Playstation 4 Pro Red Dead Redemption 2 akan tiba ke pasaran Malaysia dengan harga RM2,049.

Bersama dengan konsol PS4 Pro, berkas ini juga menyertakan permainan Red Dead Redemption 2 Special Edition secara fizikal yang mengandungi Peta dunia permainan ini dan kandungan penambahan untuk mod Cerita iaitu;

  • Misi Bank Robbery & Gang Hideout
  • Dappled Black Thoroughbred
  • Pelbagai kelebihan di dalam permainan
  • Kostum The Nuevo Paraiso Gunslinger
  • Tiga senjata
  • War Horse dan The Outlaw Survival Kit

Selain itu pemain juga akan mendapat langganan PS Plus untuk tiga bulan. Anda boleh dapatkan berkas ini dari pengedar rasmi Sony bermula tarikh pengeluaran untuk permainan ini iaitu 26 Oktober 2018.


TIPS & ULASAN