Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Untuk PC Kini Juga Mempunyai Sistem Rank Seperti PUBG Mobile
PC

PUBG Untuk PC Kini Juga Mempunyai Sistem Rank Seperti PUBG Mobile

Diterbitkan pada Okt 5, 2018 oleh .

Antara perkara utama yang dibincangkan apabila pemain bercakap mengenai PUBG Mobile adalah mereka berbangga dengan tahap Diamond yang mereka peroleh dengan menghabiskan 1 jam di dalam tandas pejabat untuk bermain.

‘Keseronokan’ tersebut kini juga tiba untuk pemain PUBG di PC. Melalui kemaskini patch 22 yang sudah dikeluarkan sistem Rank ditambah ke dalam PUBG untuk PC. Bagi yang tidak pernah mencuba PUBG Mobile, sistem Rank adalah satu sistem yang memberikan tahap kepada pemain bergantung kepada jumlah mata yang mereka peroleh dengan bermain.

Secara keseluruhan terdapat 8 tahap iaitu Bronze, Silver, Gold, Platinum, Diamond, Elite, Master dan Grandmaster. Untuk mendapatkan rank, anda perlu bermain sekurang-kurangnya 10 pertempuran terlebih dahulu.

Selain itu, kemaskini ini juga memperkenalkan sistem baharu untuk menangi pemain yang menipu dan juga meningkatkan prestasi serta kelancaran permainan.


TIPS & ULASAN