Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Hari Ini: Shadow Warrior 2
PC

Permainan Percuma Hari Ini: Shadow Warrior 2

Diterbitkan pada Okt 5, 2018 oleh .

GOG minggu ini menyambut ulang tahun ke-10 mereka. Bersempena sambutan tersebut mereka meminta pemain untuk mengundi permainan yang harus diberikan percuma.

Antara permainan yang disenaraikan adalah Shadow Warrior 2, Firewatch dan Superhot. Selesainya proses pengundian, Shadow Warrior 2 dipilih oleh lebih ramai pemain dan kini di tawarkan secara percuma sehingga esok.

Shadow Warrior 2 merupakan permainan aksi pandang pertama yang menggunakan bentuk permainan klasik iaitu pertempuran yang pantas. Ia dikeluarkan pada tahun 2016, dibangunkan oleh Flying Wild Hog dan diterbitkan oleh Devolver Digital.

Pastikan anda mendapatkannya sebelum tawaran ini berakhir. GOG menawarkan permainan tanpa DRM, oleh disebabkan itu anda tidak memerlukan klien seperti Steam untuk memasangnya.

GOG: Shadow Warrior 2


TIPS & ULASAN