PUBG merupakan salah satu permainan popular, dimana ia dimainkan meluas bukan sahaja pada peranti mudah-alih, tetapi juga pada komputer. Terkini, ia dilihat pembangunnya turut sedang menguji sebuah variasi permainan PUBG dinamakan PUBG Project Thai.

PUBG Project Thai ini menyasarkan pengguna dengan komputer berspesifikasi rendah. Buat masa ini, permainan ini hanya ditujukan kepada para pemain di Thailand sahaja – dan ia dilihat seperti pihak PUBG tiada perancangan untuk memperluaskannya untuk pengguna di negara-negara lain.

Dari segi keperluan spesifikasi, PUBG Project Thai hanya memerlukan spesifikasi minima menggunakan cip Intel Core i3 2.4GHz dan keatas, memori 4GB RAM, Intel HD Graphics 4000 dan ruangan storan sebesar 4GB HDD.

Dengan langkah ini, ia dilihat PUBG menyasarkan pengguna di Thailand untuk memuat-turun dan memainkannya pada komputer yang mungkin telah sedikit berusia – dan tidak ketinggalan dalam memainkan permainan popular berkenaan. Permainan ini juga dilihat ditawarkan secara percuma berbanding versi yang ditawarkan melalui Steam.

Layari : PUBG Project Thai

Sohor Kini