Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memperkenal DLC pertama buat permainan Naruto To Boruto: Shinobi Striker, iaitu watak DLC.
Melalui DLC ini, watak Jiraiya akan memfokuskan bentuk pertempuran secara pertahanan. Selain itu, segala serangan ikonik Jiraiya dari siri Anime juga kembali seperti panggilan katak dan sebagainya.
Menariknya juga, watak Jiraiya ini akan disertakan secara percuma sebagai kandungan tambahan. Namun, bagi mereka yang ingin mendapatkan segala kelengkapan Jiraiya termasuklah serangan beliau untuk digunakan di watak pemain tersendiri, pemain boleh membeli DLC tersebut secara berasingan melalui DLC Special Master: Ninjutsu Training Vol. 1.
Naruto To Boruto: Shinobi Striker merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bertempur secara berpasukan sehingga 4 pemain untuk menentang pasukan yang lain. Pemain juga berpeluang untuk mencipta watak mereka sendiri untuk digunakan di dalam permainan ini.
Permainan tersebut telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC September lepas.