Skip to main content

Bagi anda yang mengumpul figura Amiibo yang dikeluarkan oleh Nintendo dan sering hilang jejak bagi senarai-senarai figura yang dikeluarkan oleh mereka, anda kini tidak lagi akan menghadapi masalah tersebut kerana Travis Woodward, iaitu seorang peminat Nintendo telah menghasilkan satu laman yang membenarkan pengguna untuk menjejak senarai figura Amiibo.

Amiibo Land merupakan laman tidak rasmi yang dihasilkan oleh Travis. Melaluinya, anda bukan sahaja melihat senarai figura Amiibo akan datang malah pengguna juga berupaya untuk menghasilkan akaun dan menjejak figura Amiibo yang telahpun pengguna memiliki ataupun sebarang figura Amiibo yang pemain mencari.

Tambahan juga, menurut pembangun laman tersebut, Travis menyatakan bahawa pada masa akan datang beliau juga akan menyertakan pelbagai kandungan baru buat laman tersebut.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Amiibo Land dibawah.

[info] Layari : Amiibo Land [/info]

Leave a Reply