Informasi Permainan Video Terkini
Surf ‘n’ Turf DLC Penambahan Overcooked 2 Kini Tiba – Menyertakan 12 Peringkat Baharu

Surf ‘n’ Turf DLC Penambahan Overcooked 2 Kini Tiba – Menyertakan 12 Peringkat Baharu

Diterbitkan pada Okt 4, 2018 oleh .

Overcooked 2 yang dibangunkan oleh Ghost Town Games dan Team 17 sudah dikeluarkan pada 7 Ogos lepas lagi, melalui ulasan kami memuji permainan yang mempunyai bentuk permainan serta peringkat yang menarik.

Bermula hari ini, pemain boleh menambah lagi pengalaman sedia ada dengan DLC penambahan Surf ‘n’ Turf untuk permainan tersebut. DLC ini akan menambah 12 peringkat baharu untuk diselesaikan oleh pemain.

Setiap peringkat akan mempunyai rekaan-rekaan dapur yang baharu. Selain itu pemain juga akan mendapat resipi dan watak tambahan. Anda boleh dapatkan DLC ini dengan harga RM15.50 di Steam, Switch dengan harga $5.99(~RM24) manakala untuk PS4 ia masih tidak disenaraikan.

Ulasan Overcooked! 2 – Permainan Koperasi Yang Sangat Menguji Persahabatan


TIPS & ULASAN