Informasi Permainan Video Terkini
WSJ: Nintendo Merancang Untuk Mengeluarkan Switch Versi Baharu Tahun Depan

WSJ: Nintendo Merancang Untuk Mengeluarkan Switch Versi Baharu Tahun Depan

Diterbitkan pada Okt 4, 2018 oleh .

The Wall Street Journal hari ini melaporkan yang Nintendo di dalam perancangan untuk mengeluarkan versi baharu bagi Switch pada tahun hadapan. Menurut laporan tersebut, Nintendo ingin memastikan Switch terus mendapat tempat di pasaran melalui versi baharu ini.

Namun, buat masa ini Nintendo masih tidak mengenal pasti penambah-baikkan yang perlu dilakukan dari segi rekaan konsol serta sistem operasi.

Antara peningkatan yang diperkatakan adalah dari segi skrin. Switch versi sekarang menggunakan teknologi skrin yang rendah. Bagi versi baharu, mereka ingin memastikan skrin yang lebih terang, nipis dan mesra-tenaga akan tetapi ia tidak akan menggunakan panel skrin OLED seperti peranti pintar flagship terkini.

Ini bukanlah satu peranti generasi baharu sebaliknya kemaskini untuk Switch yang merupakan satu perkara yang biasa bagi konsol seperti Playstation 4 dan Xbox One. Bahkan, Nintendo sendiri sebelum ini mengeluarkan beberapa versi untuk 3DS.

Nintendo mensasarkan untuk mengeluarkan Switch versi baharu tersebut pada pertengahan ataupun awal suku ketiga tahun hadapan.

Dengan mengeluarkan konsol versi baharu tahun hadapan, ia dapat mengelakkan dari mengeluarkan berhampiran dengan generasi baharu utnuk PlayStation dan Xbox yang dianggarkan akan dikeluarkan pada tahun 2020.

Buat masa ini, Nintendo tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini. Namun, bagi anda yang merancang untuk membeli Switch tahun ini, mungkin boleh menunggu lebih lama sedikit.


TIPS & ULASAN