Square Enix hari ini memperlihatkan trailer serta berkongsi tarikh pelancaran untuk permainan baharu mereka The Quiet Man. The Quiet Man yang menggabungkan lakonan nyata serta animasi di dalam bentuk permainan akan dikeluarkan pada 1 November 2018.

Trailer baharu yang diperlihatkan menunjukkan beberapa watak lain yang ada di dalam permainan ini yang tidak diperlihatkan semasa mereka berkongsi lanjut permainan ini bulan Ogos lepas.

The Quiet Man dibangunkan oleh Human Head dan setakat ini hanya diumumkan untuk Playstation 4 dan PC. Ia hanya boleh diperoleh secara digital.

Sohor Kini