Informasi Permainan Video Terkini
3 Lagi Permainan NES Akan Disertakan Untuk Nintendo Switch Online Pada Minggu Hadapan

3 Lagi Permainan NES Akan Disertakan Untuk Nintendo Switch Online Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Okt 3, 2018 oleh .

Antara kelebihan untuk pelanggan Nintendo Switch Online adalah mereka boleh bermain permainan NES secara percuma. Setakat ini terdapat 20 permainan seperti The Legend of Zelda, Super Mario Bros, Donkey Kong dan Ice Climber.

Hari ini, Nintendo mengumumkan 3 lagi permainan akan disertakan bermula 10 Oktober ini. Permainan yang disertakan adalah NES Open Tournament Golf, Solomon’s Key dan Super Dodoge Ball.

Nintendo Switch Online merupakan servis langgana untuk pemilik Switch yang menyertakan pelbagai kelebihan. Harga langgan adalah seperti berikut 1 bulan – $3.99(~RM16), 3 bulan – $7.99(~RM33), 12 bulan – $19.99(~RM82). Disertakan juga pakej untuk keluarga (seramai 7 orang) dengan harga langganan untuk 12 bulan $34.99(~RM144).


TIPS & ULASAN