Penggodam dan penipu di dalam permainan PUBG merupakan masalah yang berterusan. Minggu ini, berdasarkan data yang disediakan oleh Bluehole iaitu penerbit untuk permainan tersebut, secara keseluruhan terdapat 13 juta akaun di haramkan sejak Jun tahun lepas.
Data ini dikumpul oleh sjk045 dan berkongsi di Reddit yang dijadikan kepada carta di bawah. Ia menunjukkan jumlah yang mendadak pada awal tahun ini, bertepatan dengan laporan kami sebelum ini iaitu PUBG mengharamkan 1 juta akaun pada bulan Januari sahaja.
Jumlah tersebut adalah berdasarkan akaun dan bukan pemain, berkemungkinan besar ia juga melibatkan pemain yang sama tetapi mempunyai beberapa akaun berbeza. Ia juga hanya memperlihatkan akaun yang diharamkan sepenuhnya dan bukan sementara.
Selain masalah kelancaran permainan dan pelbagai pepijat, masalah penipuan juga merupakan sesuatu yang di minta oleh pemain untuk di selesaikan oleh Bluehole dan PUBG Corp.