Informasi Permainan Video Terkini
Humble Menganjurkan Jualan Promosi Untuk Permainan Video Yang Mempunyai Protagonis Perempuan
PC

Humble Menganjurkan Jualan Promosi Untuk Permainan Video Yang Mempunyai Protagonis Perempuan

Diterbitkan pada Okt 3, 2018 oleh .

Humble Store hari ini menganjurkan jualan promosi untuk permainan video yang mempunyai protagonis perempuan. Jualan promosi ini akan berlangsung sehingga 1 pagi 9 Oktober 2018.

Ada pelbagai permainan menarik yang mempunyai protagonis perempuan dan antara yang kami gemari adalah seperti berikut;

  1. Celeste – $15.99 (~RM66)
  2. Bayonetta – $6.79 (~RM28)
  3. Dishonored 2 – $19.99 (~RM82)
  4. Remember Me – $5.99 (~RM24)
  5. Alien: Isolation – $9.99 (~RM41)
  6. Tacoma – $8.99 (~RM37)

Kesemua permainan yang ditawarkan memerlukan akaun Steam untuk memuat turun permainan tersebut. Pastikan anda mendapatkannya sebelum terlambat.

Humble Store: Jualan Promosi Protagonis Perempuan

Penafian: Pautan yang disertakan mungkin mengandungi pautan affiliate


TIPS & ULASAN